Friday, 15 March 2013

Cinta Allah S.W.T

Unic- Insan Bernama Kekasih

Jodoh aku dengan dia tak kekal lama. Makin lama makin aku terpikir sebab apa aku masih lagi cintakan dia dan sebab apa cinta aku dengan dia tiada penghujungnya. Cinta aku yang mendalam selama ini menyedarkan aku sebab apa aku tergerak untuk melepaskan dia dulu. Mungkin disaat aku bersama dia, aku mencintai dia lebih daripada aku mencintai Allah S.W.T.. Aku selalu mengutamakan dia dari segalanya. Selalu meletakkan dia pilihan no.1 aku. Aku mula sedar itu satu kesilapan paling besar pernah aku buat..

Sekarang, aku tahu, telah ditakdirkan bahawa dia hadir dalam hidup aku untuk mengajar aku erti cinta, perubahan dan semangat. Mungkin telah di takdirkan dia hadir dalam hidup aku untuk mengajar aku, dan bukan untuk bersama aku.

Bertahun lamanya aku mengambil masa untuk lupakan dia, tetapi disaat aku mula lihat cinta dari perspektif Islam,  dari Allah S.W.T , ia menyedarkan aku segalanya tentang cinta.

Dia sudah bahagia, dia sudah ada pasangan hidup , dan dia telah melupakan aku.
Aku bersyukur. Mungkin ini takdir aku.
Cinta aku dan dia sudah berakhir di dunia, tetapi aku akan terus berdoa agar aku dapat kembali cinta dia di akhirat.




No comments:

Post a Comment